PRN SARAWAK : BN GUNA SIHIR UNTUK MENANG?

BN akan menggunakan apa sahaja untuk menang di Sarawak. Prinsip matlamat menghalalkan cara memang sudah lama menjadi anutan dan pegangan BN walaupun ianya bertentangan dengan Islam, undang-undang dan tata susila manusia.


Ugutan, rasuah dan habuan kepada pengundi memang menjadi taktik tradisional BN untuk mencapai nafsu besar mereka bagi mencapai kemenangan. Namun ada satu lagi taktik mereka yang jarang disebut tetapi sering juga digunakan iaitu penggunaan ILMU SIHIR untuk menundukkan pengundi dan juga melemahkan lawan mereka.


Oleh kerana kepada calon-calon PAS, para petugas dan penyokong berhati-hatilah dengan penggunaan ILMU SIHIR ini kerana dikhuatiri ianya akan menjejaskan peluang kita untuk menang.


Kita tidak hairan jika BN akan menggila menggunakan ILMU SIHIR ini kerana bekas pemimpin BN sendiri iaitu calon bebas DUN Balingian Salleh Jaffaruddin sendiri mendakwa bahawa Taib Mahmud menggunakan beberapa orang bomoh dari luar negeri untuk memastikan nafsu besar beliau tercapai.


Kepada semua mari kita berdoa agar kita semua dihindari dari ILMU SIHIR BN yang sudah pasti akan menggila digunakan jika BN dalam keadaan tenat.

Comments

Anonymous said…
Punca orang melayu tak boleh pergi jauh. sikit sikit sihir? pigidah