PEMILIHAN PAS : TG HAJI HADI AKAN DITENTANG?

Riuh rendah media memperkatakan tentang Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan ditentang pada pemilihan PAS Pusat awal Jun ini. Media ini seperti biasa sentiasa mengintai peluang untuk memporak perandakan PAS. Kalau tidak porak peranda pun sekurang-kurangnya rakyat dan ahli PAS terleka dengan isu-isu sedemikian dan lupa kepada isu yang lebih besar iaitu penyelewengan, kezaliman dan kesengsaraan rakyat.


Yang peliknya media ini 'tida reti' bahasa. Dato Husam Musa yang dicalonkan untuk jawatan Presiden sudah berkali-kali membuat kenyataan bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding apa-apa jawatan kecuali Ahli Jawatankuasa sahaja. Mungkin mereka sengaja untuk membesar-besar cerita ini sekadar untuk memanaskan suasana.

Bagi ahli PAS pertandingan untuk apa jawatan sekalipun merupakan perkara biasa. Kita melihat ianya sebagai perlumbaan untuk melakukan kebajikan dan kebaikan bukan pertandingan untuk merebut pangkat di mana dengan pangkat tersebut mereka akan membina kekayaan dan empayar. Inilah bezanya PAS dan parti lain. Pertandingan di dalam PAS tidak akan memecahbelahkan parti sebab itulah PAS tidak menangguhkan pemilihan walaupun Pilihanraya dijangkakan semakin hampir. Itulah nikmat yang ada dalam PAS sebuah parti yang mendaulatkan Islam.

Comments

Anonymous said…
Sekiranya ada pertandingan maka ini satu perkara yang sehat dan PAS sedang bergerak kearah yang lebih dinamik.Asik dengan budaya kagum tak sudah sudah.Ada kalanya perubahan terdapat banyak kelebihan dan kebaikan.Jnagan sampai rakyat dah muak dengan tingkah laku pemimpin politik tapi rakyat dan peyokong jadi mangsa menati perubahan yang dapat membezakan yang mana lebih berkesan.Walau bagai mana pun Pemimin yang bertanding harus di beri peluang untuk berbahas atau berdailog cara terbuka dan adil supaya ahli dapat membuat penilaian.Macam demokrasai yang di buat di Barat.Pemimpin di beri peluang untuk megatakan penderian politik masing masing.