Riuh satu Malaya tentang kanak-kanak sekarang ramai yang gemuk atau mengalamai obesiti. Kita cadangkan supaya :- 1) Ibu bapa pandai memilih makanan yang halal, toyyibah, berkhasiat dan tidak mendatangkan mudharat. Penjaja-penjaja diluar kawasan sekolah juga hendaklah dikawal atau dihalang dari menjaja. 2) Pihak sekolah memantau kantin supaya tidak menjual makanan yang menyumbangkan kepada obesiti 3) Ibubapa menggalakkan anak-anak beriadah. .... dan lain-lain .............
Comments
Kalau di luar kawasan sekolah guru besar kata itu diluar kawasan sekolah bukan tanggungjawab sekolah... abih tanggungjawab siapa bila murid2 dihidangkan dgn makanan yg beracun diluar pintu pagar sekolah. Umpamanya dikenalpasti ada bahaya yg mungkin menimpa murid didepan pintu pagar sekolah oleh penjenayah, takkan guru besar nak kata bukan tanggungjawab sekolah. dari segi undang2 mungkin tapi dari segi tanggungjawab kemanusiaan dan mencegah kemungkaran dan kemudaratan guru besar tak dapat lari dari tanggungjawab itu. kat dunia lepaslah kat akhirat belum tahu lagi. Abih menteri yg banggang tu kat parlimen buat apa... tak boleh ke buat undang2 menyekat penjaja menghampiri kawasan sekolah atau tak boleh ke menteri tu guna kepala otak fikir bagaimana nak menyekat kemasukan makanan2 yg beracun ini atau guna otak utk cari jalan supaya makanan2 ini tidak dihasilkan dalam negara...
tipikal menu harian cthnya pagi makan roti canai,tgh hari nasi sepinggan penuh lauk kari ke gulai ke yg penuh berminyak tk masuk ayam goreng lps tu minum plak teh ais,nescafe ais kasi kaw2 punye(brapa byk susu manis kt dalam tu)
petang plak pekena goreng pisang ngan karipap seround ,lps tu mlm plak pi tomyam mana2 ke pekana nasi goreng USA sepinggan penuh ke.Then nk tido nk kena supper ,buat cucur jemput ke tk pun pi kedai mamak pekena roti canai seround...resultnya budaya gemuk laa....
hujung minggu plak nk kena pi jln2 kt 1utama ke klcc ke pekena kfc,mcd,pizza hut seround...duit byk sikit pi tgi fridays tk pun starbucks....
mana laa anak2 tk gemuk ngan mak2 bapak2 sekali...tutup kantin sekolah pun tk guna cam ni.....