SPR tidak akan menggunakan dakwat sebagai bukti seseorang itu telah mengundi sebaliknya sedangkan mencari kaedah baru yang lebih moden bagi memastikan tiada yang mengundi dua kali. Kalau pengunaan dakwat pun tidak diterima, sudah pasti pengunaan kaedah moden seperti biometrik yang mahal dan memerlukan bajet banyak tidak akan digunakan. Jelas sekali Kerajaan dan SPR berdolak dalik dalam hal ini kerana ianya tidak menguntungkan BN. Malah jika pengunaan dakwat ini tidak diamalkan maka sudah tentu akan ada pihak yang boleh mengundi dua tiga kali asalkan namanya di dalam daftar pemilih.
Memang kita sudah bertemu dengan keadaan di mana orang yang sama ada dua tempat mengundi dan membuang undi di kedua-dua tempat tersebut.
Jadi sah bahawa kerajaan dan SPR bukannya mahu memperbaiki sistem pengundian kita supaya telus tetapi membiarkan ianya terbuka kepada penyelewengan dan penipuan.
Kaedah celupan tangan dalam dakwat ini masih digunakan di banyak negara antaranya India dan lain-lain.
Kita tidak kisah kalau sistem pilihanraya kita tidak pernah dipertikaikan ketelusannya tetapi apa yang kita ketahui memang ada pengundi yang namanya tercatat lebih dari sekali dalam daftar pemilih.
Penipuan dan penyelewengan ini sudah lama berlaku dan ianya dibiarkan terus menimbulkan keraguan.
Comments