Di dalam negera ini hak untuk berhimpun secara aman dijamin oleh perlembagaan. Namun di sana pihak berkuasa mendakwa ada akta lain mengharamkan perhimpunan aman tersebut. Ini bermakna hak asasi manusia untuk berkumpul tidak ujud di Malaysia.
Namun begitu ianya halal jika demonstrasi itu dilakukan dengan memberikan keuntungan politik kepada kerajaan BN seperti demo yang sedang hangat dilakukan sekarang iaitu menggesa Anwar menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak berkuasa.
Apabila rakyat berkumpul meminta SPR merubah undang-undang pilihanraya supaya lebih telus, adil dan professional, membantah ISA, membantah kenaikan harga minyak/barangan dan lain-lain . Polis halang dan provok. Pelbagai cara digunakan, tangkap, sembur gas, sepak, maki dan macam-macam lagi. Kita dapat melihat gambar yang jelas di mana rakyat disepak dan dikasari semasa demonstrasi.
Sebaliknya perhimpunan pijak kepala lembu, gesa Anwar serah DNA, kecam kerajaan Pulau Pinang dan sebagainya halal dan digalakkan pula oleh kerajaan. Inilah sikap 'double standard' yang dibentangkan di depan mata kita. Rakyat seharusnya membuka mata tentang hakikat ini.
Comments
TETAPI JANGAN LUPA! APABILA DURIAN DAH JADI BUSUK ATAU KURANG MEMUASKAN, DURIAN AKAN DIPERAM UNTUK DIJADIKAN TEMPOYAK. DISINI BARULAH TIMUN AKN MENJADI RAJA. DURIAN YANG DAH TEMPOYAK ITU AKAN DITONYOH-TONYOH OLEH TIMUN. MAKA DURIAN YANG DAH JADI TEMPOYAK TERPAKSA AKUR DENGAN TIMUN.
JUSTERU ITU, WAHAI KERAJAAN/PEMERINTAH AMBIL LAH IKHTIBAR DURIAN - TIMUN -TEMPOYAK. JANGAN DURIAN SENTIASA MERASAKAN DIRINYA ADA DURI ITU AKAN TERUS MENGOLEK.