SAH DAP ANTI MELAYU DAN ISLAM

Ternyata DAP anti Melayu dan Islam apabila mencadangkan tambahan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). Inilah yang selalu ditohmah oleh Umno/BN kepada DAP kerana pimpinan DAP kebelakangan ini menunjukkan sikap yang amat terbuka dan telus kepada semua bangsa dan agama.

Hari ini dalam Sidang Dewan Selangor Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.

Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.


Sebelum ini kerajaan PR Pulau Pinang telah memberijkan elaun Khas kepada para Huffaz di negeri tersebut selain menambahkan peruntukan kepada aktiviti agama Islam bagi Bajet negeri.


Oleh kerana inilah Umno/BN menuduh DAP anti Islam dan Melayu.

Comments

SiamangBukit said…
Jangan jadi Bodoh . Tutup lubang kecil buka lubang besar seperti Isu pengunaan ALLAH dalam Injil Dan tidak Yahweh .Lebih2 lagi kerajaan BN dah tambahpun peruntukan.