BN dilaporkan menggunakan Dewan Politeknik Merlimau untuk program suaikenal bapa angkat dan Peti Undi BN semalam. Tanpa segan silu BN seperti biasa menggunakan harta rakyat dan kemudahan awam untuk program kepartian. Tidak rasa kekok dan malu mereka menggunakan kemudahan yang dibina dari wang rakyat untuk kepentingan parti mereka.
Kalau betul kerajaan BN dan agensi kerajaan adil, sila beri peluang kepada PR dan komponennya untuk turut sama menggunakan dewan politeknik, sekolah-sekolah dan sebagainya.
Inilah rupa sebenar pemimpin BN dan Umno yang tidak tahu membezakan yang mana harta rakyat dan yang mana harta BN/Umno.
Blog ini membantah sekeras-kerasnya penggunaan harta awam untuk kegunaan parti politik.
Comments
Guna bangunan dan kemudahan sesuka hati, sehingga 2-3 pagi.
Jamuan 10000, x sampai pon. Belanja? Meja MCA/Gerakan byk yg kosong...budak2 mkn lps tu cabut..