PRK MERLIMAU : BN TETAP TIDAK BERUBAH

Ternyata BN tetap tidak berubah dari perangai lamanya berkempen secara tradisional dengan menjanjikan habuan, 'rasuah politik' dan lain-lain untuk memancing undi. Sebab itulah sejak dari hari meninggalnya Adun Merlimau, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan lagi BN sudah mengatur strategi menjalankan projek mee segera seperti menurap jalan mencantikkan landskap dan sebagainya.

Penduduk kampung pula dijanjikan dengan pelbagai bantuan membaiki rumah, bantuan perubatan dan ada yang meminta set karaoke. Kita yakin Umno/BN akan memenuhi permintaan rakyat demi sehelai kertas undi.

Kalau sebelum musim pilihanraya permintaan seperti ini dipandang sebelah mata, kini semuanya akan dipenuhi. Rakyat diajar dengan politik kebendaan dan politik jangka pendek. Malang sekali rakyat Malaysia kerana mempunyai parti pemerintah semacam ini.

Comments

Anonymous said…
Apakah nanti pemimpin2 UMNO/BN bakal menerima nasib dan diberi pengajaran yang sama seperti Anuar Sadat atau Hosni Mubarak di negara Mesir??????????????
Anonymous said…
Sempena PRK Merlimau ni mak saya dapat tawaran Baja percuma. Tapi mak saya tak nak ambil sebab takut pokok yang ditanam tak berkat.