POLITEKNIK MERLIMAU TERUS DISALAHGUNA BN.....




\
BN yang diketuai Umno terus rakus menggunakan premis kerajaan iaitu institusi kerajaan yang menjalankan agenda pendidikan dengan menganjurkan pula taklimat khas dan kursus jentera Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Dewan Titanium, Politeknik Merlimau di sini semalam.

Kerakusan penyelewengan penggunaan premis kerajaan ini diketuai oleh Ahmad Maslan, seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno seakan buta mata dan buta hati apabila secara sewenag-wenangnya menyalahkan premis kerajaan bagi tujuan politik BN.
Persoalannya?

Kenapa BN terus menggunakan institusi pendidikan bagi tujuan politik. Kenapa tidak menggunakan bilik operasi mereka yang tersergam mewah dan indah yang terletak berhadapan Politeknik Merlimau yang dikatakan dibbina dengan kos mencecah RM500,000. Kenapa Ahmad masih suka kepada premis kerajaan? Apa pendapat rakan sekutu BN iaituSuruhanjaya Pilihanraya (SPR) ?

Kepada pengundi di N27 Merlimau dan semua rakyat Malaysia, HENTIKANLAH PENYELEWENGAN UMNO BN terhadap institusi pendidikan ini. SELAMATKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA daripada terus dicabuli BN. (mzz)

Comments

Anonymous said…
kalu buat di premis kerajaan boleh arah kakitangan (pelajar) sertai majlis...(tak perlu modal), jika baut temapt sendiri kena guna banyak modal, kalu tak tak dak la orang nak sertai... - ketam-trong.
Unknown said…
kalo kerajaan pr memerintah pun PASti akan melakukan perkara yang sam....x perlu nafikan
Unknown said…
kalau kerajaan PR memerintah PASti akan melakukan perkara yang sam...x perlu nafikan
Anonymous said…
klau cina masuk masjid pakatan bagi??dahla tak tutup aurat,berceramah politik.apa la nak jadi dengan pakatan ni.retak menanti belah jer...