PELAN 100 HARI PR : PERDANA MENTERI MEROYAN

Akhirnya orang nombor satu negara DS Mohd Najib meroyan mengenai pelan 100 hari PR dihadapan kakitangan awam Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. Sakit meroyan ini telah sampai ke tahap tertinggi sehingga diceramahkan dihadapan kakitangan awam Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya tanpa beliau menyedari di tempat itulah rancangan 100 hari Pakatan Rakyat itu akan dilaksanakan. Ini membuktikan pelan 100 hari PR telah sampai suaranya di Kompleks Pentadbiran Putrajaya khususnya di JPM sendiri. Syabas PR kerana gema suara 100 hari telah berjaya ke Putrajaya yang akhirnya akan membawa sama semua kepimpinan PR menghuni JPM selepas PRU-13 kelak.
Pelik bin ajaib apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti. "Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya Isnin.

Begitu dangkalnya seorang pemimpin UMNO kerana memberikan tempoh 2 tahun sahaja bahawa Negara akan usnah jika dilaksanakan Pelan 100 yang diwar-warkan oleh PR. Cuba ingat dulu apa kata UMNO apabila kerajaan Kelantan berjaya ditadbir oleh PAS pada tahun 1990, UMNO kata hayat kerajaan PAS Kelantan mampu bertahan hanya 3 bulan sahaja sebab mereka tidak akan mampu membayar gaji kakitangan awam negeri. Bukan setakat 3 bulan malah telah 20 tahun kerajaan Kelantan telah ditadbir oleh PAS tanpa sebarang masalah pun. Ingatlah Najib kakitangan awam yang mendengar ucapan anda bukanlah bodoh selamanya. Mereka berfikiran professional serta boleh menilai mana yang baik atau buruk dan penulis lebih berkeyakinan lebih separuh dari kalangan mereka pasti terngiang-ngiang pada halwa mereka untuk mencuba pula melaksanakan Pelan 100 hari PR untuk membuktikan kepada Najib bahawa ucapan yang dibuat hari ini adalah salah dan keluar dari seorang pemimpin terakhir UMNO BN di JPM Putrajaya.

Inilah sebabnya PM dikatakan meroyan mengenai Pelan 100 hari PR sama dengan pemimpin UMNO terdahulu meroyan berkenaan kerajaan Kelantan pada tahun 1990 dulu. Apa maknanya? Makna yang tersirat, Putrajaya akan terlepas dari cengkaman UMNO BN dan akan ditadbir PR setelah PRU akan datang dan tempoh 2 tahun PR memerintah Malaysia akan menjadi 20 tahun atau lebih jika ditadbirurus lebih baik dari Kelantan. Tiada yang mustahil berlaku dalam dunia politik, hari ini kita menjadi pemerintah maka tidak mustahil di masa depan kita akan menjadi pembangkang. Bersedia untuk UMNO BN meninggalkan Putrajaya. Pelan 100 PR akan disebarluaskan kepada semua rakyat Malaysia. Kepada Rakyat Malaysia, bersedialah untuk berubah.

Putera Melaka.

Comments

Anonymous said…
PELAN 100 HARI PR, khususnya janji-janji PKR memang indah didengar, tapi janganlah sekadar janji sahaja.
Saya pernah bertugas sebagai PENGAWAS PEMILIHAN ketika PEMILIHAN PARTI 2010 tahun lepas, hingga kini TUNTUTAN
BAYARAN sebagaimana dijanjikan masih
tidak dilaksanakan.
Claim dah lama dihantar, tapi hingga kini 'hampeh'.... kami bagai menanti
buah tak gugur.
Anonymous said…
Kalau janji pada Ahli pun tak mampu ditunaikan, macam mana nak tunaikan
janji pada RAKYAT?

Janganlah suka berjanji, jika tak mampu ditepati.

Janji pada Pengawas Pemilihan amat
INDAH, tapi 'HAMPAS'