Najib 'lantik' Menteri Pelajaran 2?

Isteri Perdana Menteri, RM (Rosmah Mansor) dilihat berlagak seolah-olah seperti Menteri Pelajaran semasa mengadakan lawatan ke Arab Saudi bermula 9 Januari lalu. Atau mungkin Najib telah melantik beliau sebagai Menteri Pelajaran Kedua.?

Pemergiannya itu turut diiringi oleh delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.

Di Arab Saudi, Rosmah telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh.

Rosmah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Lagaknya tak ubah seperti Menteri Pelajaran kedua.? Sepatutnya Menteri Pelajaranlah yang menjalankan tugas tersebut. Hebat betul RM ini!

Comments

Anonymous said…
Sebab org UMNO kurang berpelajaran sbb tu kena 2 org menteri pelajaran... contoh terdekat exco kerajaan negeri melaka mana ada yg berpelajaran tinggi termasuk ler ketua menterinya...hohohoho