DENDAM KESUMAT DAN NIAT JAHAT ATASI KEPENTINGAN RAKYAT

Puak-puak yang melantik Khusrin Munawi sebagai SUK Negeri Selangoor bukannya tidak tahu bahawa perlantikan itu sudah tentu akan menimbulkan masalah. Tetapi mereka melantiknya semata-mata untuk menimbulkan masalah dan mengeksploitasi keadaan itu untuk kepentingan politik mereka.

Mereka faham jawatan SUK amat 'powerful' dalam sesebuah pentadbiran kerajaan negeri. Inilah yang berlaku di Perak sehingga SUK boleh mengherdik Menteri Besar dan menggunakan kuasanya untuk menentang kerajaan negeri yang berkuasa samada secara terang-terang atau senyap-senyap.

Kini peristiwa dan skrip yang sama dengan apa yang berlaku di Perak dan Kelantan suatu masa dahulu akan berulang. Puak-puak berhati busuk ini mempunyai niat untuk memporak perandakan pentadbiran kerajaan negeri dan dari situlah mereka mendapat keuntungan politik dengan mereka menuding jari menuduh kerajaan negeri PR tidak pandai memerintah dan berada dalam keadaan kucar-kacir.

Saya yakin dengan kebijaksanaan dan kesabaran pemimpin PR Selangor semua kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan baik. Allah akan membalas segala kejahatan dan kebusukan hati puak-puak yang sentiasa cuba memperokperandakan keamanan dan keharmonian kerajaan dan rakyat.

Comments

Anonymous said…
nmpk sgt kerajaan pakatan selangor tkt hilang kuasa dan mcm mne dengan berita di mlyskini SULTAN BERTITAH TINDAKAN MB SELANGOR TAK WAJAR..komen skit tuan punya blog..
malaysiandotcom said…
salam .mohon link kan blog sy kat sini.blog tuan sudah di link kan di
http://malaysiandotcom.blogspot.com
tq