BUKAN ISLAM MAHU PARTI ISLAM, ORANG ISLAM TAK MAHU?

Sejak akhir-akhir ini keadaan menjadi terbalik, apabila pengundi Bukan Islam sanggup mengundi Parti Islam sebaliknya pengundi Islam terus meminggirkan Parti Islam.

Pengundi Bukan Islam yakin kepada ketelusan, kesucian dan akhlaq Parti Islam sebaliknya pengundi Islam menolak gagasan Islam yang dibawa Parti Islam. Sungguh pelik tetapi benar. Pengundi Islam lebih bersedia mengundi Parti yang jelas mengamalkan rasah, kronisme, penyelewengan dan sebagainya. Bukan kita bercakap kosong sebaliknya sudah terbukti ramai di kalangan pemimpin parti orang Islam itu yang ditangkap dan didakwa kerana rasuah dan sebagainya.

Pengundi Bukan Islam yakin kepada Parti Islam tetapi pengundi Islam tidak yakin kepada Parti Islam.

Pengundi Bukan Islam yakin kepada calon yang mengamalkan ajaran Islam seperti tidak bersalam dengan orang bukan muhrim, tidak terlibat dengan isu integriti berkenaan tanah dan sebagainya. Tetapi pengundi Islam terus mempercayai calon yang terlibat dengan isu pelelongan tanah dan sebagainya.

Sedarlah wahai pengundi Islam janganlah kita memalukan diri sendiri....

Comments

abdullahngah said…
Ya ke? setahu saya orang kafir bantu membantu sesama kafir dan tak mungkin menyokong Islam.

Jika menyokong pun ada undang disebalik batu.

Tak dinafikan orang Islam tak mahu pada Islam, kerana Islam mereka adalah islam yang ditolak oleh Allah dan Rasul SAW.

Kan Islam 73 puak cuma satu puak saja yang diterima iaitu yang ikut ajaran Rasul SAW.manakala yang 72 pual lagi itu tak diterima.

Oleh itu mana mungkin mereka mahu pada islam yang syumul.

Pasal orang kafir pula memang tak boleh percaya. Jika percaya pada kafir maka akan jadi macam rakyat Palestin.

Macam, juga orang melay Singapura yang yakin dengan pemerintah punca majuriti melayu sudah ada paada tahap 14 saja peratus sekarang.

Tak mungkin jadi susut tahun demi tahun.Ingat dengan firman Allah yang berbunyi: Wallahu la yahdi Qauman fasikin, qauman zolimin, qauman kafirin.

maaf ya
Anonymous said…
sorry lah brother, kan u all kata Islam UMNO kafir, apa lah nak dikira kan sangat.

Kita Islam, tapi PAS kat kafir, so nak buat guano?

salam.