BLOGGER UPAHAN TAK TAKUT ALLAH

Blogger-blogger upahan Umno/BN ternyata menulis mengikut nafsu mereka dan tuan mereka dengan melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas. Pelbagai tuduhan dan fitnah dihamburkan kepada pimpinan PAS dan PR guna untuk memburuk-buruk lawan Umno/BN.

Maka tidak hairan apabila pemimpin sebersih Salahuddin Ayub juga dituduh dengan skandal dasyat yang tidak masuk akal. Kita tidak pelik jika selepas ini lebih ramai lagi pimpinan PAS/PR dan calon-calon PRK akan difitnah dan dicaci maki.

Ternyata blogger-blogger ini tidak takut akan amaran Allah bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh. Dosa fitnah amat besar dan sukar untuk diampunkan jika orang yang difitnah tidak memaafkan pemfitnah.

Memetik kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz sewaktu pertemuan dengan blogger di Hotel Grand Season minggu lalu, bahawa Blogger mesti bertanggungjawab kepada apa yang ditulisnya. Jika fitnah dibuat maka tunggulah hukuman Allah keatas dosa fitnah tersebut.

Apakah blogger-blogger Umno/BN ini tidak takut kepada AMARAN ALLAH di dalam Al Quran seperti yang dinukilkan diatas.

Saya menyeru kepada para blogger supaya sentiasa ingat kepada Allah semasa menulis dan membuat posting di Blog. Kita mungkin terlepas di dunia tetapi akan tetap diadili di Hari Kemudian. Apakah kita tidak percaya kepada Hari Kemudian di mana tidak ada satu pun perkara yang tidak diadili.

Comments

dah sampai masanya iuntuk kita semua bergabung dalam membentuk team saraf yang mantap dalam menentang blogger bodoooo BN dan UMNO...langsung xde hujah !!!!
Ya Allh engkau laknatkan blogger durjana ni dan kau hina ia melebihi kehinaan babi