Kita hairan dan pelik dengan rakyat Malaysia yang tidak kisah dengan penyelewengan dan salah laku kerajaan yang memerintah. Walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam laporan auditnya untuk tahun 2009, majoriti rakyat Malaysia seolah-olah tidak kisah dan buat 'dek' sahaja.
Pendedahan itu bukannya dibuat oleh PR tetapi oleh Ketua Audit negara di dalam laporan rasminya, namun masih ramai yang mempertikaikannya bila ia didedahkan kepada umum. Tidak kurang yang bertanya mana bukti termasuklah SPRM. Sepatutnya SPRM tidak perlu menunggu laporan atau tidak perlu bersusah payah untuk mencari bukti kerana juruaudit telah membuktikannya semasa proses pengauditan dahulu.
Kalau di negara luar sudah tentu ramai Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri yang disiasat dan didakwa kerana bukan sedikit penyelewengan dan salah laku yang dilaporkan oleh dalam laporan Ketua Audit negara ini.
Malangnya di negara kita, SPRM dan rakyat seolah-olah buat 'dek' sahaja. Rakyat kita sebenarnya mengamalkan fahaman asal aku senang, mudah cari makan, anak boleh sekolah dan masuk universiti sudah cukuip, orang atas nak buat aku tak kisah. Sebab itulah negara kita yang sepatutnya penuh dengan kebajikan sebaliknya penuh dengan rasuah dan penyelewengan. Duit rakyat tiris dan hangus begitu sahaja. Rakyat buat 'dek' sahaja.

Comments
Mentaliti org kita ketuan dah tak boleh pakai..kalau rendah iQ/eQ ini yg membuat mcm ni,yg merempat menangis nanti mendatang anak generasi sendiri,kalau kerajaan berhemah berbelanja,aku pasti negara kita setaraf dgn Jepun,terlalu byk pembaziran,sehingga seluar dlm,coli pun nak buat tender...muak betul,munkin kita akan di Perintahi oleh kerajaan PASOLA selepas ini...
1.Penyelewengan (kerajaan@ pemimpin) apabila (kalaupun) dihadapkan ke mahkamah berakhir dengan keputusan tidak dapat disabitkan dengan kesalahan/terlepas dari hukuman.
Lama-kelamaan orang tak kisah sehingga itu biasa-biasa sahaja.
2.Pemimpin dan kroni kaut banyak hasil Negara tetapi dengan murah hati rakyat tidak dilupa dengan melaksanakan sedikit pembangunan . Zon selesa sama merasa .Berpadalah dengan apa yang ada biarpun sedikit.Biarpun berlaku ketirisan yang banyak.
Lama-kelamaan orang akan ingat itu kebaikan dan dikenang sepanjang masa.
3.Ditiupkan kurafat/kepercayaan karut Hanya BN mampu memerintah Negara. BN pemerintah yang telah teruji dan PR belum pasti kemampuannya. Oleh itu tiada jaminan bahawa PR lebih baik daripada BN.
Lama kelamaan rakyat takut untuk melakukan perubahan.
Dengan 3 perkara ini maka UMNO/BN mengambil kesempatan/memanipulasikan keadaan bila tiba saat PRU @PRK diumpankan khazanah Negara sebagai projek sana projek sini sesegera mungkin dan menyogok wang/kebendaan lain untuk para pengundi (rata-rata rakyat biasa ) .
Kemudian ditayangkan di media keganasan dan perilaku tidak baik pemimpin dan penyokong PR.
Rakyat sekali lagi terhutang budi dan takut untuk melakukan perubahan
Oleh itu para pemimpin PR hendaklah bijak merumus kaedah yang tepat untuk menyedarkan rakyat dan menarik sokongan mereka secara drastik.
Melawan biar terlawan.
Tanpa segan silu lagi kita perlu terima hakikat bahawa orang Melayulah yang paling ramai sekali makan hasil rasuah. Dengan hasil rasuah, kita tanya diri sendiri di manakah keberkatan dalam masyarakat Melayu sekarang?
Selagi orang Melayu tidak menerima hakikat kebobrokan bangsa kita sendiri, selama itulah kita akan bergelumang dalam najis dan keterpinggiran kita daripada keberkatan, dan dengan itu kita terima sahajalah kepupusan tanpa menyalahkan orang lain: bayang-bayang Cina, Hindu, Yahudi dan entah siapa lagi yang hendak dikutuk kemudian selain diri sendiri.
Yang aneh, orang Melayu tidak sedar apa yang mereka bekalkan zuriat mereka akan datang, iaitu tidak lain dan tidak bukan, kepupusan.
Kalau kita selidiki dalam-dalam, masalah rasuah orang Melayu adalah disebabkan kerosakkan nilai. Di peringkat yang paling asas ialah kita terkeliru dengan dengan takrif rasuah.
Dengan itu satu lagi bab yang aneh.
Kita sebenarnya bukanlah kurang daripada sebarang rujukan tentang nilai kalau kita perhatikan lunas-lunas Islam yang terang-terang mencemuh rasuah.
Fatwa senyap orang Melayu sekarang: ketuanan Melayu menghalalkan rasuah. Apa kejadahnya kalau hasil fatwa itu sendiri memakan balik orang Melayu? Pernah atau tidak pernah dengar tanah orang Melayu dianaiyai oleh orang Melayu yang berkuasa?
Dengan itu amalan Islam kita sekarang tidaklah lebih daripada "tunggang-tunggek" kerana kita gagal menghayatinya.
Cuba kita cerna keikhlasan orang-orang Melayu Islam yang menunaikan fardhu Haji saban hari, tahun demi tahun. Adakah matlamat mereka benar-benar seperti laungan "labaikAllah" mereka itu ataupun mempunyai niat lain yang lebih utama?
Saya minta maaf kerana era memberi "muka" kepada orang Melayu sudah sampai di titik penamatnya, demi zuriat saya yang akan datang jua.
Oh ya sebelum lupa, saya adalah pembayar cukai yang lunas.
mat royan