ISTANA PM LAGI PENTING DARI KESENGSARAAN RAKYAT

Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang diberikan ialah negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar (maknanya negara tiada duit),mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion.

Bila minyak dinaikkan menteri kata rakyat mesti berkorban untuk membantu negara supaya duit tidak banyak digunakan untuk subsidi minyak.

Tetapi kerajaan tidak kisah untuk memperuntukkan sebanyak RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri yang bukannya rosak dan bocor tetapi masih elok dan baru. Setiap kali Perdana Menteri baru naik maka jutaan duit rakyat dibazirkan untuk 'renovate' rumah Perdana Menteri sedangkan di seluruh pelusuk negara masih ramai rakyat dhaif yang tiada rumah, kalau ada rumah pun macam reban ayam dan itik.

Tergamak kerajaan menghabiskan duit rakyat puluhan juta semata-mata untuk 'renovate' rumah Perdana Menteri yang masih cantik dan elok.

Gambar di atas : Rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, Kelantan.

Comments

Anonymous said…
UMNO ni ambil pengajaran dari peristiwa Tunku jadi Ketua Menteri Malaya. British bagi rumah kediaman yang bocor, akibatnya Tunku tuntut kemerdekaan lebih awal. Kalau tak bocor, jangan harap Tunku nak tuntut merdeka. So macam tulah berlaku kepada pemimpin-pemimpin UMNO kemudiannya.