Umno dilaporkan telahpun memberi teguran kepada Utusan supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka
Laporan media menyebut hal itu dilakukan oleh Setiausaha agung parti itu, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Adnan berkata, masalah yang wujud dalam Utusan mungkin hanya disebabkan oleh beberapa orang dalam sidang pengarang akhbar berkenaan.
"Mungkin sebab satu dua orang. Janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
"Kita sudah beritahu mereka jangan tulis begitu... Wartawan perlu menulis dengan bertanggungjawab, gunakan fikiran supaya apabila kita tulis sesuatu, ia tidak menyakiti perasaan orang lain atau kaum lain," tambahnya.
Bagi saya apa yang dilakukan oleh Adnan ini tidak lebih bagaikan Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul kerana Umno sendiri adalah bapak pembohong dan pemfitnah. Tidak usahlah berlagak bagaikan orang Alim memberikan tunjuk ajar kepada orang lain sedangkan diri sendiri bergelumang tidur baring dengan fitnah dan pembohongan.
Rakyat Malaysia boleh tergelak terbahak-bahak dengan laporan ini.
Namun begitu ada pihak sebenarnya berpendapat bukannya Umno memberikan nasihat supaya Utusan lebih berhati-hati tetapi Utusan sebenarnya diberi nasihat supaya berhati-hati dengan Presiden baru NUJ, Hata Wahari yang dilihat lantang memperjuangkan etika kewartawanan. Hata sendiri merupakan staff Utusan sudah tentu boleh diberi amaran dan sebagainya ..........biasalah tu

Comments