TENGKU ADNAN TAKUT PORTAL ALTERNATIF

Oleh kerana takut akan pengaruh portal berita alternatif seperti Harakahdaily, Malaysiakini, Malaysiainsider dan lain-lain, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor meminta pelajar luar negeri supaya sentiasa merujuk kepada portal Umno Online bagi mendapatkan maklumat.

Beliau berkata ia adalah penting bagi memastikan jati diri di kalangan mahasiswa di luar negara akan terus dapat diperkukuhkan.

"Setiap daripada kita ini mempunyai sejarah dan sebelum ke luar negara ini, siapa kita (dan) di mana (kedudukan) kita. Tanya diri masing-masing dan barulah kita sedar.

"Kebanyakan kita ini lupa diri dan dah lupa kepada sejarah negara kerana sejarah itulah akan memperbaiki keadaan masa depan diri dan negara," katanya menutup kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara yang berlangsung selama tiga hari, di Kuala Lumpur hari ini.

Terbukti Tengku Adnan dan Umno amat cuba memperbodohkan pelajar-pelajar yang cerdik dan celik maklumat. Mana mungkin pelajar-pelajar ini akan hanya membaca dan merujuk portal Umno Online yang sentiasa bersifat 'Yes Man' dan mengiyakan setiap langkah dan program kerajaan seolah-olah pemimpin dan kerajaan adalah maksum tidak melakukan sebarang kesalahan.

Comments

Anonymous said…
Pelajar yang bodoh sahaja yang dengar cakap Tengku Adnan. Gunakanlah fikiran yang cerdik itu untuk menjadi cerdik dan mana idea yang bodoh kita buang. Pemerintah yang rasuah, salah guna kuasa dan menyeleweng wang rakyat perlu dibuang. Mereka ni pandai bersandiwara tunjuk kebaikan dalam ucapan tapi perbuatan tak serupa yang dicakap.