SIAPA KATA KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS DENGAN KEMENANGAN PR

Siapa kata kemenangan PR pada Pilihanraya Umum yang lepas mengurangkan kuasa politik orang Melayu. Saban hari Umno cuba memperbodohkan orang Melayu dan dakwaan yang tidak berasas ini. Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah untuk membuktikan bahawa kemenangan PR sebenarnya meningkatkan kuasa politik orang Melayu
Pada Pilihanraya Umum ke-12 terdapat beberapa parlimen di mana calon PR berbangsa Melayu/Islam mengalahkan calon BN bukan Melayu.

Contohnya :-

Parlimen Kota Raja – calon PAS, Dr Mariah Mahmood mengalahkan calon BN berbangsa India.

Parlimen Kuantan – calon PKR, Hajah Fuziah Salleh mengalahkan calon BN, Fu Ah Kiow.

DUN Kota Lama (Kelantan) – calon PAS, Dato Hj Anuar Tan Abdullah mengalahkan calon BN berbangsa Cina.

Contoh di atas jelas menunjukkan bahawa dakwaan Umno bahawa kuasa politik orang Melayu berkurangan dengan kemenangan PR adalah salah. Malah bilangan kerusi orang Melayu semakin bertambah di Parlimen dengan kemenangan PR.

Comments