PILIHANRAYA SARAWAK : BN TAKUT BUBAR DUN

Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud, jelas takut untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN sekarang. Taib tahu bahawa kedudukan BN di Sarawak sekarang ini genting lantaran begitu banyak isu-isu yang boleh merobek BN andai Pilihanraya diadakan sekarang.

Semalam Taib berkata terlalu sukar baginya menentukan tarikh pilihan raya Sarawak kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum pengumuman mengenainya dibuat, lapor Berita Harian Online.

Beliau mengakui petanda untuk mengadakan pilihan raya kini semakin ketara, namun beliau belum dapat memberikan sebarang keputusan.

Kekalahan tanpa diduga BN di Sibu beberapa bulan lalu amat menyakitkan dan ianya menghantui BN sehingga sekarang. Siapa sangka BN akan tersungkur dengan begitu teruk walaupun lambakan dan unggunan rasuah dan janji dihamburkan kepada pengundi Sibu. Ini bermakna taktik lama dan tradisi BN menggunakan rasuah dan janji belum tentu menjamin kemenangan mereka.

Comments