PAS AKAN SAHUT CABARAN ALI RUSTAM

Saya menerima email di bawah dari seorang pembaca tentang cabaran Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam yang mencabar PAS untuk berdebat. Cabaran itu dibuat oleh beliau ketika perhimpunan bulanan ke 10 pentadbiran kerajaan negeri Melaka.

Saya akan membawa perkara ini di dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Melaka dan saya yakins cabaran Ali ini akan disahut oleh PAS Melaka. Cuma saya bimbang Tok Ali yang kecut perut memberikan seribu alasan.

Insya Allah saya akan cadangkan kepada kepimpinan PAS Negeri supaya berdebat dengan Tok Ali atas apa juga tajuk.

--------------------------------------------------------

Email yang saya terima adalah seperti di bawah ini.

Pagi tadi (Isnin, 4 Oktober 2010) perhimpunan bulanan ke 10 pentadbiran kerajaan Negeri Melaka dijalankan di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh. Semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan diarahkan menghantar wakil.

Perhimpunan bermula pada jam 8 pagi. Berbagai acara telah diatur. Kemuncaknya ucapan Ketua Menteri Ali Rustam yang mula bercakap pada jam 8.53 pagi dan berakhir pada jam 9.33 pagi, kira-kira 40 minit.

75% isi ucapan Tok Ali adalah hentaman kepada PAS, PKR dan DAP. Dia menyindir dengan menyatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan yang terbaik dalam dunia. PAS yang lebih teruk kena belasah di antara yang lain.

Dia mengulang-ulangkan beberapa kali bahawa PAS menyalahgunakan mimbar masjid untuk mengata dan mengumpat umno-bn dalam khutbah solat 'Aidilfitri. Dalam masa bertarawih PAS juga bertazkirah setelah solat 4 rakaat dengan mengata dan mengumpat umno-bn. Katanya lagi, sepatutnya dalam bulan Ramadhan banyakkanlah 'amal ibadat dengan berzikir, solat sunat hajat, tahajjud dan sebagainya untuk mengharapkan malam 'lailaturqadar' bagi mendapatkan pahala berlipat ganda, tapi PAS buat kerja mengata dan mengumpat.

Katanya lagi (secara ringkas intisarinya), "PAS menghentam saya apabila kita buka Sekolah Harapan untuk budak-budak sekolah yang mengandung. Kita buat sekolah ni untuk mengelakkan budak-budak tu terus buat maksiat zina. Kita nak elakkan gejala buang bayi. Kita nak selamatkan mereka kerana zina dah berlaku. Budak dah mengandung. Tahun lepas ada 391 kes. Kes buang bayi bukan sahaja berlaku di Melaka tapi juga di Kelantan, Kedah dan Selangor yang PR perintah. Sekarang dah ada 11 orang yang dah mendaftar masuk sekolah ni."

"Siapa di sini yang nak berdebat dengan saya tentang isu ini sila datang ke depan ni. Saya nak ajak PAS berdebat secara terbuka dalam isu ini. Kita berdebat secara terbuka dalam TV1, TV2, TV3, TV9, Astro atau CNN. Biar rakyat tengok."

"PAS kata kena laksanakan hukum hudud. Dah 21 tahun PAS perintah Kelantan tapi hudud tak dilaksanakan jugak. PAS kata kerajaan Persekutuan yang halang. Bentangkanlah dulu, kemudian bawa ke Parlimen, kita nak tengok berapa orang yang sokong. Ada orang tanya saya samada saya sokong. Saya kena kaji dulu hudud yang PAS nak bentangkan."

Tok Ali tak lupa juga menyebut tentang YB yang bukan Islam masuk surau atau masjid sepertimana kes yang berlaku di Selangor. Katanya umno tak pernah buat macamana PR buat tu. Kesucian tempat sujud orang Islam kena jaga, katanya lagi.

Begitulah lebih-kurang intisari ucapan Tok Ali tu secara ringkas yang boleh saya tuliskan di sini. Tok Ali dah sebut di depan ramai nak ajak PAS berdebat. Apa lagi, PAS sambutlah ajakan dia tu. Hantarlah surat rasmi. Kita tengok samada dia balas dan setuju tak? Nampak macam sungguh-sungguh je dia mengajak. Tak taulah kalau-kalau dia cuma 'ajak-ajak ayam' je. Kononnya nak berlagak je depan kakitangan kerajaan. Tapi di belakang 'kecut telur', cari alasan dan dolak-dalih bila betul-betul diajak.

Tu lah dia pesen umno-bn. Bukan kita tak tau kan?

Saya ada sms pada Saudara Harun (S.U. Perhubungan) mengenai perkara ni. Saya fokuskan pada "ajak debat" tu.

Sekian, Selamat 'Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap.

Wassalam.

Comments