Magnum menaja RM35,000 untuk Pesta Makanan 2010 - Apa komen Umno/BN?

Dipetik dari The Borneo Post 13 Julai 2010

KUCHING: Magnum 4D (Malaysia Timur) Sdn Bhd (Magnum) menaja sejumlah RM35,000 untuk Pesta Makanan 2010 semalam ( 12 Julai 2010).

Sejak 2006 pihak Magnum telah menyokong pesta terbabit dengan memberi sejumlah sumbangan wang untuk membantu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menganjurkan pesta yang bakal diadakan dari 31 Julai hingga 22 Ogos di Dewan Komuniti, Jalan Padungan.

Menurut Datuk Bandar MBKS James Chan pesta makanan ini adalah satu-satu yang seumpamanya yang bertahan sekian lama dan berjaya menjadi tarikan kepada 600,000 pengunjung pada tahun lepas daripada sumber rekod bancian MBKS.

Sejumlah 124 gerai didirikan untuk pilihan makanan daripada 11 gerai berkembar, 10 gerai makanan premium antarabangsa dan 70 gerai individu, dua gerai minuman beralkohol dan dua gerai minuman.

Makanan yang dijual adalah seperti makanan restoran, makanan Muslim, makanan Dayak, Jepun, Barat, India, sosej Taiwan, rojak, ikan BBQ, lok-lok, tim summ, penkek tiram, luicha, pansuh ayam, itik an chao dan banyak lagi.

“Mengikut kebiasaan, terdapat ruang memasak hidangan masyarakat Cina daripada pelbagai suku dengan promosi tiga hari bermula dengan klan Hainan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos.

“Disusuli dengan Chawan dari 3 hingga 5 Ogos, Hakka 6 hingga 8 Ogos, Hokkien 9 hingga 11 Ogos, Kwong Wai Sien 12 hingga 14 Ogos, Hing Ann 15 hingga 17 Ogos, Foochow 18 hingga 20 Ogos dan Teochew 21 hingga 22 Ogos,” katanya.

Selain itu, terdapat gerai yang menjual makanan Vietnam, Filipina, Korea, Indonesia dan China untuk orang ramai mencuba.

Comments