KU LI KALAH DI GALAS PADA PRU 2008

Walaupun pengaruh Ku Li sangat kuat di Gua Musang tetapi pada PRU 2008 beliau tewas di DUN Galas.

Mengikut pengiraan undi di Galas, Ku Li mendapat 3,826 undi sementara calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,143. Ini bermakna Ku Li tewas dengan majoriti 317 undi.

Ini bermakna jika Ku Li bertanding PRK Galas ini sekalipun belum tentu beliau akan menang kerana rekod PRU 2008 membuktikan bahawa calon PAS lebih popular dari beliau di DUN ini.

Teka-teki sama ada Tengku Razaleigh akan menjadi calon berterusan di sebalik keputusan Umno-BN melantik beliau sebagai pengarah pilihan raya.

Umno-BN menyerahkan kepada bahagian Gua Musang mengemukakan nama calon kepada pucuk kepimpinan untuk pilih.

Tengku Razaleigh dijangka akan menjawab spekulasi itu apabila pulang ke tanah air dari London Sabtu ini.

Comments