GERAKAN PULA BERTELAGAH

Selepas jenuh menonton Umno, MCA dan MIC bertelagah kini tiba giliran Gerakan pula bercakaran dan berbalah. Begitulah resam BN asyik berebut kuasa lantaran tamak kepada kuasa dan pangkat.

Semalam Penasihat Gerakan, Lim Keng Yaik meletakkan jawatan kerana tidak puashati dengan Presiden Gerakan, Koh Tsu Kon.

Tindakan ini sudah pasti memulakan episod perkelahian baru di dalam Gerakan. Lim secara terbuka berkata beliau kecewa dengan cara presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon menangani konflik yang melanda parti berkenaan.

"Beliau seseorang yang tidak suka campur tangan dalam menyelesaikan konflik kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain,” katanya ketika menghadiri konvokesyen Universiti Terbuka Wawasan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Lim, sikap Koh yang sentiasa 'melepaskan tangan' telah mendatangkan banyak masalah dalam parti.

Comments