GALAS : UMNO BERDEBAR MENUNGGU KEPUTUSAN KU LI

Ku Li masih belum memberikan jawapan rasmi kepada pelawaan Umno untuk melantik beliau menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi pihak parti itu. Malah Ku Li sendiri menafikan bahawa beliau telah menerima pelawaan Umno tersebut.

Jelas sekali Umno begitu takut untuk berdepan dengan PAS di Galas sehingga terpaksa menebalkan muka mengambil Ku Li yang menjadi Pengarah mereka sedangkan sebelum ini Ku Li sering diketepikan begitu sahaja.

Sebenarnya pimpinan Umno kini berdebar-debar menunggu keputusan dari Ku Li samada menerima 'pinangan' Umno atau tidak. Jika Ku Li menolak maka sudah pasti maruah Umno tercalar teruk.

Ada kemungkinan Ku Li akan menolak kerana kita semua tahu betapa liciknya permainan politik Ku Li sejak dari dahulu. Beliau sendiri pernah menumbangkan PAS pada suatu ketika dahulu sehingga kerajaan PAS jatuh.

Comments