GALAS : MENGUNDI HARI KHAMIS, PENAMAAN HARI SELASA, ADA UDANG DISEBALIK 'MEE'


Mengapa SPR sengaja memilih hari pengundian PRK Galas pada hari Khamis dan penamaan calon pada Hari Selasa.

Sebagai rakyat Malaysia saya menuntuk jawapan konkrit dari SPR mengapa ini berlaku. Bukankah ianya akan menyusahkan pengundi Galas yang tinggal di luar untuk pulang mengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagi yang tinggal jauh sudah tentu mereka terpaksa mengambil cuti pada hari Khamis malah mungkin juga terpaksa bercuti pada hari Rabu lagi. Apakah ini demokrasi namanya. Mengapa SPR tidak memilih hari Sabtu sebagai hari pengundian jika benar SPR mahu peratus rakyat yang mengundi tinggi.

Apakah ada udang di sebalik 'mee' sehingga SPR bertindak sedemikian rupa. Kita kena ingat ramai pengundi Galas yang tinggal di luar Kelantan dan semua orang tahu majoriti pengundi yang tinggal di luar Galas adalah penyokong PAS kerana mereka ini adalah anak-anak muda yang terdedah kepada maklumat dan internet.

Tindakan SPR memilih hari Khamis sebagai hari pengundian sekali lagi mengundang keraguan besar di kalangan rakyat.

Kepada Pengerusi SPR SILA JELASKAN SEBAB MUSABAB MENGAPA MEMILIH HARI KHAMIS?????

Comments