GALAS : MANA JAMBATAN 2 LORONG YANG MUHYIDDIN JANJIKAN DI MANEK URAI

Mana perginya jambatan dua lorong dianggarkan bernilai RM7 hingga RM10 juta itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil tersebut, bagi menggantikan satu jambatan merentasi sungai sedia ada di kawasan itu. Sehingga sekarang 'batang hidungnya' pun tak nampak. Ternyata Muhyiddin menipu rakyat Manek Urai dan seluruh rakyat Malaysia.

Agaknya memang adat resam pemimpin BN suka menipu dengan janji-janji manis. Belum pun Pilihanraya Kecil (PRK) Galas bermula, pemimpin BN/Umno telah menipu kita semua dengan dakwaan bahawa Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah menerima perlantikannya sebagai Pengarah Pilihanraya Umno PRK DUN Galas. Tetapi yang sebenarnya sehingga kini Ku Li masih belum membuat sebarang pengakuan samada menerima ataupun menolak 'pinangan' itu. Jadi sahlah pemimpin Umno menipu rakyat Malaysia.

Di Galas ini sudah tentu berbakul-bakul malah bertan-tan penipuan da fitnah akan dibuat oleh mereka. Dalilnya sebelum penamaan calon lagi, mereka sudah menipu rakyat dalam isu perlantikan Tengku Razaleigh. Rakyat Kelantan khasnya Galas diyakini sudah kenal sebagai pemimpin Umno dan siapa calon dan pemimpin PAS.

Comments