Esok kira-kira pukul 7 pagi Ku Li akan sampai dan terus ke Bilik Ketibaan Orang Kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Tengku Razaleigh Hamzah yang tiba dari London dijangka membuat pengumuman penting mengenai kedudukannya di Galas. Setuju atau tidak setuju beliau menerima tawaran menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Umno bagi PRK Galas akan terjawab esok. Umno berdebar-debar menanti keputusan Ku Li yang keluar dari mulutnya sendiri bukannya penipuan dan pembohongan pemimpin Umno yang tak habis-habis menyatakan Ku Li sudah setuju.
Malah ada pemimpin Umno yang seolah-olah menyatakan Ku Li setuju menjadi calon untuk menggalas cabaran BN di kerusi itu.
Umno sangat mengharapkan Ku Li menerima jawatan tersebut untuk menang di Galas. Malah jika kalah pun Umno akan lepas tangan dan menuding jari bahawa Ku Li gagal memenangkan BN di Galas dan ianya juga menunjukkan pengaruh Ku Li sudah pudar.
Di pihak Ku Li sendiri beliau sudah tentu sedar bahawa pengaruhnya di DUN Galas tidak sekuat di DUN Nenggiri dan DUN Paloh. Ini kerana Ku Li tewas kepada calon PAS Dr Zulkefli Mohamed pada PRU 2008 dari segi undi Parlimen.
Semalam Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan mula 'kendur' dengan menyatakan bahawa Ku Li tidak akan setuju jika dicalonkan di Galas.
Namun, kata Ahmad, beliau secara peribadi menyambut baik keputusan Ku Li jika beliau menerimanya kerana ternyata Ku Li orang yang banyak pengalaman.

Comments