GALAS : BN TERASA BAHANG JAMBATAN

Janji BN semasa kempen PRK Manek Urai untuk membina jambatan atau gertak sehingga kini tinggal janji kosong.

PAS telah mula mengungkit janji ini dan BN mula terasa bahang penipuan dan janji mereka ini.

Semalam Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad terpaksa menjawab isu jambatan ini bagi pihak BN. Apa peliknya mengapa Muhyiddin diam seribu bahasa sedangkan beliaulah orang yang bercakap besar untuk membina jambatan berjuta ringgit itu.

Arshad terpaksa menebalkan muka menyatakan pembinaan jambatan di Kampung Manik Urai - antara projek pembangunan yang dijanjikan oleh BN dalam pilihan raya kecil DUN tersebut sebelum ini - mengalami kelambatan ekoran kosnya meningkat lebih dua kali ganda.

Menurutnya kos projek tersebut meningkatkan dari RM8 juta kepada RM17 juta.

Kenaikan kos tersebut, katanya, telah menyebabkan berlaku masalah teknikal, seperti reka bentuk dan pengambilan balik tanah.

Comments