GALAS 1 : SEJARAH PILIHANRAYA LALU

Rakyat negeri Kelantan sekali lagi diberi peluang untuk menzahirkan pendirian politik mereka setelah melakukannya pada Pilihanraya Kecil Manek Urai tidak lama dulu. Terbukti rakyat Kelantan tetap utuh mempertahankan maruah mereka apabila tetap memenangkan calon PAS walaupun dengan majoriti kecil di Manek Urai.

Kali ini sekali lagi maruah dan integiri rakyat negeri Kelantan khususnya Galas diuji. Pemergian Allahyarham wakil rakyat DUN Galas Allahyarham Che Hashim Sulaima meninggalkan seribu satu macam kenangan buat rakyat Galas. Namun begitu keputusan Pilihanraya Kecil pasca Pilihanraya Umum ke-12 memang memihak kepada Pakatan Rakyat dan ini memedihkan BN yang mengikut sejarahnya sering menang pada setiap kali pilihanraya kecil.

Sejarah DUN Galas

DUN Galas mula diujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya tahun 1985 iaitu menjelang Pilihanraya Umum 1986. Sebelum itu kawasan DUN Galas terletak di dalam DUN Gua Musang yang termasuk di dalam Parlimen Ulu Kelantan. Selepas Parlimen Gua Musang diujudkan 3 DUN baru diujudkan iaitu DUN Dabong, Galas dan Paloh. Selepas itu iaitu pada persempadan baru pilihanraya tahun 2003 menjelang Pilihanraya Umum 2004 DUN Dabong ditukar nama menjadi DUN Nenggiri sementara Galas dan Paloh dikekalkan.
PAS tidak pernah menang di Galas sebelum Pilihanraya Umum 2008. Bermula dari DUN Galas diujudkan iaitu pada Pilihanraya Umum 1986 hingga 2004. Namun begitu pada Pilihanraya Umum 1990 dan 1995 DUN ini dimenangi oleh calon Parti Melayu Semangat 46 iaitu Haji Omar Mohammad sementara Tengku Razaleigh Hamzah terus memonopoli Parlimen ini sejak dari 1974 sehingga sekarang.

Comments