DEBAT : PAS MELAKA SAHUT CABARAN, BILA-BILA MASA SAHAJA

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman berkata Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka sedia berdebat dengan Ketua Menteri Melaka bila-bila masa dan di mana sahaja berkaitan isu penubuhan Sekolah Harapan.

"Pucuk dicita ulam mendatang, orang dah menjual maka kita sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal,saya minta beliau tentukan bila masanya dan di mana tempatnya, kalau boleh buat siaran langsung secara terbuka biar rakyat menilainya" ujar Ustaz Abdul Ghani dipetik dari akhbar Harakah edisi hari ini.

"Pengerusinya biarlah orang yang tak berat sebelah kepada mana-mana pihak, cari yang adil agar debat dapat berjalan dalam suasana ilmiah dan harmoni serta bersikap berlapang dada dalam mencari kebenaran" tambah Ustaz Abdul Ghani yang juga merupakan AJK PAS Pusat.

Beliau mengulangi bantahannya terhadap sekolah harapan kerana banyak mendatangkan keburukan kepada institusi masyarakat, sebaliknya mencadangkan agar kerajaan negeri kembali mengambil pendekatan Islam dalam menangani isu pembuangan bayi di kalangan remaja yang hamil luar nikah.

Isnin lalu Ketua Menteri dilaporkan mencabar PAS berdebat dalam isu sekolah hamil, Sekolah Harapan. Beliau berbuat demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri di Seri Negeri yang dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Agensi Kerajaan Negeri dan Jabatan persekutuan.

Comments

Anonymous said…
Tok Ali dah sebut di depan ramai pada pagi Isnin, 4 Oktober 2010 dalam perhimpunan bulanan ke 10 pentadbiran kerajaan Negeri Melaka yang dijalankan di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh nak ajak PAS berdebat. Semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan diarahkan menghantar wakil untuk menghadiri perhimpunan itu.
Apa lagi, PAS sambutlah ajakan dia tu. Hantarlah surat rasmi. Kita tengok samada dia balas ataupun tidak. Nampak macam sungguh-sungguh je dia mengajak. Tak taulah kalau-kalau dia cuma 'ajak-ajak ayam' je. Kononnya nak berlagak je depan kakitangan kerajaan. Tapi di belakang 'kecut telur', nanti cari alasan dan dolak-dalih pulak bila betul-betul diajak debat.

Tu lah dia pesen umno-bn. Bukan kita tak tau kan? Nanti bila dekat-dekat nak jadi, timbul pulak pengisytiharan 'anak bulan tak nampak'. Macamana nak nampak anak bulan, 'bulan penuh' dah nampak terang.