BN TERSEPIT : TERPAKSA AMBIL KU LI JADI CALON GALAS

BN kemungkinan besar terpaksa menamakan Ketua Umno Gua Musang, Ku Li untuk menjadi ayam sabung mereka di Galas. Mereka tiada pilihan kerana calon-calon lain dilihat tidak mampu menyekat kemaraan PAS yang semakin mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia termasuk di Galas.

Congak punya congak, pemimpin Umno tidak nampak calon lain yang mampu menyaigi calon PAS yang sebenarnya sudah dikenalpasti. Calon-calon selain Ku Li semuanya 'lembik' dan tidak mampu menewaskan PAS. Akhirnya Umno terpaksa mengambil 'sepah' setelah semua 'madu' menjadi 'madu' beracun untuk mereka.

Memang Umno sentiasa dalam dilema pada setiap kali PRK dalam memilih calon. Silap pilih calon mereka akan tersungkur seperti dalam PRK-PRK sebelum ini khususnya di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Umno sebenarnya tidak mampu untuk tewas lagi lebih-lebih lagi mereka baru sahaja dimalukan oleh rakyat Sibu beberapa bulan lalu. Umno tidak sanggup untuk tewas sekali lagi. Lantaran itu tidak hairanlah kalau Umno meletakkan Ku Li sebagai calonnya di Galas.

Jika Ku Li menang Umno akan mendabik dada bahawa Umno sudah kembali disokong rakyat Kelantan. Andai Ku Li Umno juga gembira kerana politik Ku Li di Gua Musang sudah sampai ke penghujungnya. Umno akan mendakwa bahawa Ku Li sudah menjadi besi buruk atau Kuda Tua yang sudah tidak berguna lagi. Rakyat sudah membuangnya.............

Comments

Anonymous said…
salam..

kenapa bangsa melayu tidak boleh bersatu?? kenapa saling caci mencaci antara satu sama lain??tidak bolehkah semua pemimpin melayu bersatu atas nama bangsa dan agama???melayu bergaduh sesama sendiri..yang untung siapa ???CINA dan CINA juga..fikir2kanlah wahai semua pemimpin melayu beragama Islam..