Ali Rustam diberitakan mencabar PAS Melaka untuk berdebat. Soalnya sekarang beranikah Ali Rustam untuk berdebat dengan PAS? Sedangkan sebelum ini PAS sudah lama mencabar Ali Rustam untuk berdebat dengan wakil-wakil PAS. Bulan Ogos lalu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab mencabar Ali Rustam selaku Ketua Bahagian Umno Bukit Katil berdebat dengannya atas apa juga isu, tetapi cabaran ini tidak bersahut.
Yusof mencabar Ali berdebat pada beberapa siri ceramah PAS di DUN Bukit Baru lantaran tindakan tidak bertamadun Umno Bukit Katil mengganggu ceramah PAS.
Tiba-tiba Isnin lalu Ali dilaporkan mencabar PAS berdebat ketika berucap di Majlis Pertemuan Kerajaan Negeri di Seri Negeri. Benarkah Ali Rustam berani berbuat demikian? Kalau dengan Cikgu Yusof pun Ali takut untuk berdebat inikan pula dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani sendiri sudah tentu Ali kecut perut.
Banyak isu yang mesti Ali jawab dalam debat itu nanti jika ia benar-benar berlaku. Antara isu-isu tersebut ialah :-
1) Pembaziran wang rakyat sehingga hutang negeri Melaka meningkat
2) Kegagalan projek-projek kerajaan negeri antaranya Lapangan Terbang Batu Berendam, Eye On Malaysia dan lain-lain.
3) Maksiat yang membarah di negeri Melaka antaranya rumah-rumah pelacuran, pub, kelab malam, spa, rumah urut dan sebagainya yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di negeri Melaka
4) Kelahiran anak luar nikah seramai 3,119 orang dari tahun 2007-2009 di mana secara puratanya 2.8 orang anak luar nikah dilahirkan sehari di negeri Melaka.
5) Masalah banjir yang sudah bertahun-tahun tidak dapat diatasi di negeri ini.
6) Kes rasuah yang melibatkan Ali Rustam sendiri sehingga ditegah dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada Persidangan Agung Umno lalu.
7) Projek-projek mega yang tidak menguntung rakyat malah membazirkan duit rakyat.
8) Tindakan tidak demokratik kerajaan negeri yang mencampuradukkan politik dengan insitutisi masyarakat dan pentadbiran agensi-agensi kerajaan negeri.
9) Laporan Audit 2009 yang jelas banyak kepincangan dan kekeliruan.
10)Status Melaka yang dikatakan negeri maju sedangkan sehingga sekarang kerajaan negeri tidak berani membentangkan secara terperinci indikator yang digunapakai untuk mengesahkannya.
Dan banyak lagi ...........

Comments