KAWASAN EYE ON MALAYSIA MENYAKITKAN MATA, TAMBAH PEDIHKAN HATI RAKYAT

Sudahlah ianya membazirkan duit rakyat jutaan ringgit, kini Eye On Malaysia yang menjadi lambang kegagalan kerajaan negeri tambah menyakitkan mata rakyat Melaka.

Eye on Malaysia yang terletak bersebelahan tapak projek Marina Melaka, di muara Sungai Melaka hari ini benar-benar berserabut dan mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut. Ianya kini bagaikan tapak pembinaan usang dengan sisa sampah dan kayu bertaburan di sana sini.

Khemah peniaga yang kini semakin mereput sehingga menunggu masa sahaja untuk menyembah bumi. Pokok-pokok tumbuh meliar di celah-celah longkang
di sana-sini.

Eye On Malaysia yang sejak dari mula lagi didakwa akan menjadi gajah putih benar-benar memahatkan rasa sakit dan pedih di hati rakyat kerana bukan sahaja duit rakyat hangus begitu sahaja malah kini menjadi 'biawak hidup' yang membebankan mata rakyat untuk melihatnya.

Malangnya dalam keadaan kegagalan Eye On Malaysia ini kerajaan negeri Melaka khabarnya ingin membeli Eye On baru pula dari Cina. Apakah mereka sekali lagi mahu menghanguskan duit rakyat?

Comments

Anonymous said…
bukan duit dia sebab tu tak kisah nak buat apa aje ikut selera dia
Anonymous said…
bukan duit dia sebab tu ikut suka dia apa nak buat
Anonymous said…
dia orang bukan duit dia sebab tu dia joli katak aje
Putra IJ80 said…
Tapi gua lihat org.Melaka selamber saja,mereka sibuk dgn Gold coast yg bakal di buka,Yang meniaga pulak sibuk menaikan harga makanan mereka,semantara Si rempit sudah kelihatan di sini sana,Yang muda lelaki perempuan berkepit berdua duaan dlm kereta di tepi pantai Klebang yg dlm proses penambakan nya. Di Masjid pula yg ada orang tua tua,sekadar kurang satu saf saja,malah tambah menyedihkan ketika jemaah dgn Imamnya sembahyang Isyak pada malam Raya di Masjid berhampiran Balai Polis Batang Tiga ada dua lebai yg.selamba menghisap rokok berbual bual sambil ketawa ketawa. Gua yg dlm tugas nak bayar fitrah ,dpt merasakan ,klu ini keadaan nya,untuk PAS memenangai Melaka pada PRU13 jauh api dari panggang nya. he! he! jgn maree!