SOI LEK BIADAP : UMAT ISLAM MESTI TOLAK MCA/BN

Kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang menyatakan bahawa Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap adalah biadap.

Beliau juga menambah bahawa perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Kenyataan biadap Pelakon Video ini dibuat pada pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam.

Kenyataan Soi Lek tersebut sebenarnya bukannya menyinggung pendokong dan ahli PAS sahaja tetapi juga umat Islam seluruh dunia. Pelakon Video itu patut sedar bahawa Islam mengharamkan rasuah dan segala bentuk penyelewengan. Masalah rasuah yang berlaku khususnya di Malaysia adalah disebabkan kerajaan BN pimpinan Umno yang didokong oleh MCA sendiri yang sengaja membiarkan rasuah berleluasa malah ada pemimpin mereka sendiri yang terlibat dengan rasuah.

Chua Soi Lek jelas mengguriskan hati umat Islam dan kenyataan beliau itu jelas membuktikan beliau memperlekehkan kesucian Islam.

Umat Islam di Malaysia mesti memandang serius akan hal ini dan paling penting rakyat khasnya umat Islam mesti menolak MCA yang dipimpin oleh seorang yang memperlekehkan Islam dan pada masa yang sama mempunyai moral yang rendah.

Saya menggesa Chua Soi Lek supaya menarik balik kenyataan beliau tersebut kerana jelas ianya amat merbahaya dan mengguriskan hati umat Islam. Beliau mesti membuat kenyataan akhbar bagi memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia maupun diseluruh dunia.

Namun begitu ada di kalangan pemerhati politik berpendapat bahawa kenyataan Soi Lek ini adalah strategi BN untuk membangkitkan semangat perkauman di kalangan orang Melayu, Cina dan India. Dengan itu mereka mengharapkan orang Melayu akan bersatu atas semangat melayu dan orang Cina bersemangat untuk mempertahankan semangat kecinaan dan tidak akan menyokong PAS.

Comments

mi-phg said…
soi lek tak biadap tapi umno yg tak ajar dia, lihat apa kata guan eng yang berkawan dgn pas. GEORGE TOWN, 7 Ogos — Ketua Menteri Lim Guan Eng mempertahankan sumbangan Islam sambil menggesa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu mempelajari tentang ketamadunan Islam.