KHUTBAH : UMNO MENIPU?

Salah satu masjid yang dituduh terlibat dengan isu khutbah semalam tampil menafikan tuduhan Umno.

Kariah Masjid Jamek Al-Hidayah, Jalan Baru, di sini, menafikan pihaknya turut terbabit mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa khutbah solat Jumaat seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Pengerusinya, Ishak Mohd, berkata beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui akhbar utama dan berita di televisyen yang mengatakan masjid di bawah kendaliannya terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, pihaknya dukacita terhadap dakwaan berkenaan kerana perkara itu langsung tidak berlaku berikutan mereka sentiasa memantau pergerakan di masjid berkenaan dan setiap permasalahan yang timbul dibincangkan dalam kariahnya terlebih dulu.

Jadi dalam hal ini siapa yang menipu dan membuat tuduhan palsu sebenarnya?????

Sumber : Hmetrok

Comments