KERAJAAN NAZAK AKAN BERTINDAK KERAS KEPADA RAKYAT

Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah kerajaan yang tidak berupaya untuk berdepan dengan rakyat melalui hujah dan fakta akan menggunakan kuasa dan kekerasan untuk mempertahankan kuasa mereka.

Banyak kerajaan melakukan skrip yang sama bila rakyat bangkit mempersoalkan kezaliman, ketidakadilan, ketidaktelusan dan sebagainya yang dilakukan oleh kerajaan.

Sesebuah kerajaan yang zalim dan tidak adil serta korup malah buruk dalam segala segi sudah tentu tidak mempunyai hujah untuk menjawab isu yang disuarakan rakyat.

Itulah yang berlaku kepada BN pada hari ini yang menggunakan kekuasaan yang mereka ada untuk menghalang program-program PR seperti ceramah,dialog, jamuan dan sebagainya.

Kerajaan Shah Iran, Marcos dan sebagainya menggunakan kekerasan untuk menghalang kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang adil, demokratik dan telus.

Akhirnya rakyat bangkit secara aman dan berjaya menukar kerajaan tersebut.
Sejak akhir-akhir ini ceramah dihalang dan diganggu atas alasan tiada permit sedangkan ianya diadakan dalam premis persendirian.

Walaupun sudah banyak kes mahkamah memihak kepada penganjur ceramah tetapi pihak berkuasa terus juga melakukan gangguan dan menyekat ceramah seumpama itu. Di kawasan Bukit Katil, pihak berkuasa menghalang satu ceramah anjuran PAS Kawasan 3 Ogos lalu di Bukit Beruang. Ceramah hanya boleh dijalankan di dalam markas dan pembesar suara tidak dibenarkan dipasang di luar. Malangnya Umno dibenarkan pula berceramah secara terbuka di kawasan rumah penyokongnya.

Saya mengharapkan pihak berkuasa bersikap professional semasa menjalankan tugas bukannya bertindak sesuka hati tanpa berpegang kepada undang-undang yang ada serta budi bicara yang ikhlas. Rakyat bukannya ingin berlawan dengan sesiapa, apa yang rakyat mahukan ialah keadilan dan ketelusan serta kesejahteraan. Hanya kerajaan dan pihak berkuasa yang tidak bertamadun sahaja yang sanggup menentang rakyat sendiri dengan kuasa yang ada pada mereka.

Comments

Anonymous said…
Sekadar renungan.
Yang di ketengahkan dalam kontek negara.Cuba kita perhatikan di sudut institusi kekeluargaan.Sekiranya ketua keluarga nazak yang jadi mangsanya sudah pasti le .. isteri dan anak.
Cukup menyedihkan terutama berlaku di kalangan masyarakat Islam...dan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Anonymous said…
Sekadar renungan.
Persoalan yang diketengahkan saya rasa juga mencakupi konteks yang begitu luas.

Bersama kita lihat dari sudut institusi kekeluargaa.Sekiranya pemimpin nazak yang pasti .. isteri anak yang menjadi mangsa.

Terpanggil untuk memberi komen apa yang berlaku kepada masyarakat Islam hari ini seperti yang kita bacaa di dada akhbar..Yang menyedihkan ianya berlaku di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.