Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri. Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian. Pelik, Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.
Sepatutnya beliau sebagai Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini. Sebaliknya otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikan harga minyak. Persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah,ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat.
PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini. Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh SYABAS . Malahan beliau bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor. Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu. Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat.
Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri. Inilah otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat. Selangor juga menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak RM6 bilion.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Comments