Sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran, saya menyeru kerajaan dan PR supaya berusaha untuk memastikan negara ini kekal sedemikian. Jangan ada pihak yang cuba meniupkan api perkauman yang akhirnya menyebabkan keadaan huru-hara.
Saya yakin PR sendiri tidak akan bertindak demikian kerana Pakatan Rakyat (PR) bukanlah sebuah parti perkauman seperti parti-parti komponen BN yang utama seperti Umno, MCA dan MIC yang jelas berjuang atas nama perkauman. Nama parti-parti itu sendiri berdiri di atas perkauman dengan Umno-Melayu, MCA-Cina dan MIC-India.
PR sejak awal-awal lagi menolak perjuangan sempit perkauman. PAS khususnya dianggotai oleh pelbagai kaum dan tidak pernah meletakkan perjuangan atas dasar perkauman sempit. Malah slogan PAS yang popular seperti PAS UNTUK SEMUA (PAS FOR ALL) dan PAS ADIL UNTUK SEMUA membuktikan PAS sebuah parti yang qat'i menolak perjuangan assabiyah atau perkauman sempit.
Oleh kejadian membakar gereja, menyimbah cat di surau, meletakkan kepala babi di surau saya yakin tidak dilakukan oleh ahli atau penyokong PR jauh sekali diarah oleh pimpinan PR. Kalau demikian siapa yang melakukannya.....POlis kenalah buat siasatan rapi, telus dan bertanggungjawab bagi mencari dalang dan pengkhianat negara ini.
Semalam sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban (gambar) telah disimbah dengan cat merah awal pagi.
Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.
Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.
Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.

Comments