ISU KHUTBAH : UMNO TERJERAT LAGI

Pelbagai usaha dilakukan Umno/BN untuk memburukkan imej kerajaan PR Pulau Pinang. Isu terbaru ialah berkaitan khutbah yang dikatakan seolah-olah bercanggah dengan Islam. Lebih mengaibkan mereka cuba mengaitkan isu khutbah tersebut sebagai membelakangkan institusi agama dan Raja-Raja Melayu.

Akhirnya isu yang dilemparkan oleh mereka memakan diri mereka semula. Ini kerana tidak salah untuk kita mendoakan seseorang bukan Islam diberikan hidayah oleh Allah supaya memeluk Islam. Nabi Mohammad S.A.W sendiri pernah mendoakan agar salah seorang dari Umar yang ada di Mekah memeluk Islam.

Malangnya Umno/BN tidak meneliti sesuatu isu itu dengan cermat sebelum membuat tuduhan. Mereka menuduh secara semberono tanpa merujuk kepada hukum Islam dan sejarah Nabi. Akhirnya mereka sendiri yang mendapat malu.

Semalam, Khatib yang menyebut nama Lim Guan Eng iaitu Ustaz Zakaria Hj Ahmad (gambar) membuat pengakuan sendiri di MAINPP. Beliau merupakan penceramah terkenal di sebelah utara Semenanjung berasal dari Changkat Perak. Saya sendiri pernah menjadi anak murid beliau pada era 80-an dan 90-an pada program ijtimak bulanan di Pusat Islam USM dan kuliah-kuliah agama di Pulau Pinang. Beliau memang terkenal dengan kelantangannya menegakkan yang hak dan menentang yang batil.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP, Ustaz Mohd Salleh Man sendiri mengesahkan bahawa mendoakan orang bukan Islam agar mendapat hidayah dalam khutbah tidak salah.

Mohd Saleh Man menjelaskan tidak menjadi satu kesalahan kepada sesiapa sahaja yang mendoakan kepada orang bukan Islam untuk diberikan hidayah kepada mereka sama ada dalam khutbah atau pun di luar khutbah.

Menurut nya, dalam isu yang melibatkan Zakaria selaku pendakwah bebas yang didakwa membacakan doa khutbah Jumaat menyebut nama ketua menteri tidak harus dijadikan isu politik oleh mereka yang faham akan sejarah penyebaran agama Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

"Pada zaman penyebaran Islam oleh Rasulullah s.a.w. baginda pernah mendoakan supaya orang bukan Islam diberi hidayah untuk memeluk Islam. Oleh kerana itu isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia mencemarkan imej baik Islam pada kaca mata masyarakat lain.

"Doa untuk orang bukan Islam itu dibolehkan agar mereka diberi petunjuk dan hidayah,bukannya mendoakan kesejahteraan mereka. Manakala Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri kita hormati selaku ketua agama Islam di dalam negara dan juga negeri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Beliau berkata, isu itu tidak harus diperbesarkan lagi setelah Zakaria membuat pengakuan dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri, semalam.

Comments