DUIT RAYA : TAHNIAH KAKITANGAN AWAM

Setelah kerajaan PR Pulau Pinang mengumumkan bonus RM400 untuk kakitangan awam di negeri itu baru-baru ini, hari ini kerajaan pusat mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM500 seorang.

Bernama hari ini melaporkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Tahniah saya ucapkan kepada kakitangan awam kerana berjaya mendapat hak tuan-puan. Banyak pihak berpendapat bahawa kakitangan awam sebenarnya berhak untuk mendapat sekurang-kurangnya bonus sebulan gaji namun ianya tidak menjadi kenyataan.

Namun begitu pemberian RM500 ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Pemimpin kerajaan yang tidak putus-putus melaungkan bahawa kedudukan ekonomi negara kukuh dan mantap, sepatutnya membuktikannya dengan memberi bonus minimum sebulan gaji kepada kakitangan awam dengan jumlah minimum RM1500 bagi yang mendapat gaji kurang RM1500 sebulan. Tetapi sehingga kini bonus tersebut tidak kunjung tiba. Lantaran itu ramai yang berprasangka buruk bahawa kerajaan tidak mempunyai duit untuk memberi bonus kepada kakitangan awam.

Comments

mi-phg said…
Inilah hikmahnya bila ada negeri diperintah oleh pr
azman kamarul said…
RM500.00 duit raya tu boleh boleh membeli undi kami untuk umno. Ini peringatan dari kami pendokong PR.