DJ JADI MANGSA POLITIK TIDAK BERTAMADUN

Seorang lagi penyiar menjadi mangsa politik parti-parti komponen BN. Jelas sekali mereka akan mengambil apa juga tindakan yang tidak bertamadun bagi mengelakkan rakyat sedar tentang kebejatan BN.

Kali ini DJ Radio 988, Jamal Jamaluddin menjadi mangsa MCA.

Dalam keadaan bagaikan orang yang hampir kelemasan Umno, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan menggapai apa sahaja untuk berpaut untuk menyelamatkan diri. Tak kira siapa mereka akan mencantas dan mengambil tindakan secara kekerasan atau sebaliknya.

Media semalam melaporkan bahawa apa pun penjelasan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, tidak akan dapat diterima oleh DJ Jamaluddin Ibrahim.

Malah, katanya, dakwaan Chua bahawa keputusan untuk menggantung tugasnya sebagai "isu pengurusan", membuktikan bahawa ia memang sebahagian daripada "konspirasi politik".

"Jika anda mengatakan itu tidak baik untuk sumber pendapatan 988.fm dan anda ingin menukar pengurusan, baiklah. Itu wajar. Jika program tidak berjaya, anda ingin membuatnya lebih baik, itu adil," katanya.

"Tapi apakah keuntungannya yang diperolehi (oleh pemilik stesen radio 988) Star RFM (Sdn Bhd) daripada ini? Mereka hilang penonton mereka, mereka hilang sumber pendapatan.

"Satu-satunya perkara yang 'mereka' diperolehi ialah keuntungan politik. 'Motif' mereka ialah untuk membunuh program tersebut. Ianya sangat jelas bahawa 'mereka' tidak mahu rakyat membincangkan isu-isu semasa... untuk menyedarkan rakyat"

Namun Jamaluddin, dalam sebuah wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi semalam, enggan membuat spekulasi tentang siapakah 'mereka' yang dimaksudkannya itu.

Comments