BN 'HAPPY' PR BERTELAGAH

Memang menjadi idaman BN sejak pilihanraya 2008 mahu melihat PR berpecah. Andaikata PR berpecah maka BN akan menang dengan mudah pada PRU ke 13 nanti. Itulah hajat BN sebab itulah pelbagai serangan dan strategi disusun oleh BN untuk memecahkan ikatan PR yang dilihat semakin kukuh.

Pelbagai isu lama dan baru dijadikan senjata ampuh dan alat gerak saraf untuk mengujud suasana kurang kondusif di dalam PR. Antara isu yang hebat diperkatakan sekarang ialah isu Hukum Hudud, Isu Perpaduan PAS-Umno dan lain-lain.

BN tahu jika isu Hukum Hudud ini dimainkan sudah tentu DAP dan PAS akan bertelagah seumpama pasca PRU 1999 di mana DAP lari meninggalkan Barisan Alternatif. Kini isu ini cuba dimainkan semula ditambah lagi dengan isu perpaduan Umno-PAS.

Setelah percubaan untuk memecahkan PR melalui kerajaan Perpaduan gagal kini, BN khususnya Umno cuba pula menggunakan isu lama iaitu isu hukum hudud yang menjadi pertentangan besar antara PAS dan DAP. Namun saya tertarik dengan kenyataan salah seorang sahabat saya yang mengatakan apa guna PAS menghalakan 'senjata' kepada DAP dan sebaliknya DAP menghunuskan senjata kepada PAS kerana BN akan bertepuk tangan menyaksi perbalahan ini dan pada masa yang sama Umno akan bermaharajalela meraih sokongan rakyat.

Kini saya kira sebagai ahli PAS saya mengharapkan semua pihak duduk semeja dan berbincang secara telus dan terbuka......Kita mahu BN/Umno terus memerintah atau kita mahu PR masuk Putrajaya membebaskan rakyat dan negara dari belenggu kezaliman BN.

Comments