AWANG SELAMAT YANG TAK SELAMAT

Marah betul nampaknya penulis pojok Utusan Meloya, Awang Selamat kepada PAS. Katanya, naib presiden PAS, Datuk Hj Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Begitu hebat Awang Selamat membodek tuannya sehingga sanggup menuduh orang lain dayus dan jijik. Padahal hakikatnya siapa yang dayus dan jijik yang tidak berani menegur tuannya walaupun jelas tuannya melakukan kesalahan bukan sahaja kepada manusia malah menyanggah dan mempermainkan perintah Allah.

PAS bekerjasama dengan DAP atas dasar Tahaluff Siyasi kerana berjuang bersama untuk menumbangkan kerajaan BN yang jelas mengamalkan rasuah, zalim, menekan rakyat, tidak menegakkan keadilan, menyeleweng dan pelbagai lagi.

Tidak nampak kesungguhan BN untuk membasmi rasuah, mengambil tindakan terhadap pimpinan yang dituduh bersalah. Malah dalam kes-kes berprofil tinggi rakyat terus sangsi dan ragu dengan perbicaraan dan pendakwaanya. Lihat sahaja kes pembunuhan Altantuya, kehilangan enjin jet, komisen Scorpene, pembunuhan di Memali dan banyak lagi.

Begitu juga dengan sikap Umno/BN yang kononnya mahu berpadu tetapi pada masa yang sama menolak sistem federalisme dengan menafikan royalti minyak kepada Kelantan, menganaktirikan negeri-negeri PR, menubuhkan institusi seperti JKKKP dan sebagainya di negeri PR sedangkan institusi yang sah sudah dilantik oleh kerajaan negeri.

Pemimpin dan penyokong PR dianaktirikan dengan ada ditangkap tanpa alasan di bawah ISA, program PR diganggu dan dihalang dan bermacam-macam lagi.

Selain itu Saya juga menyeru Umno supaya menyelesaikan masalah dalamannya dulu sebelum hendak berpadu dengan orang lain. Ada mesyuarat bahagian yang huru hara contohnya di Sg Petani, pertelagahan di Rantau Panjang malah ada desas-desus menyatakan di peringkat tertinggi pun berlaku perselisihan cuma ianya ditutup.

Awang Selamat janganlah menulis semata-mata untuk membodek tetapi mesti beretika dan bermaruah. Jangan gadaikan etika kewartawanan semata-mata untuk 'fulus'.

Comments

Anonymous said…
jawapan pada awang bodoh utusan tu senang je. tanya dia napa terhegeh2 citer pasal perpaduan melayu atau islam hanya selepas pru 2008? masa beend tengah kuat(bukan amno kuat) nape amno tak pandang pas sebelah mata pun? kalau alasan masa tu pas tak berkawan dgn dap itu alasan bodoh.

bagitau awang bodoh utusan, masalah sekarang bukannya masalah amno atau melayu berpecah. masalahnya depa tak nampak yg berpecah adalah beend. pengundi beend bukan melayu dah lari. sbb tu kuasa beend dah kurang.

perpecahan melayu adalah imaginasi amno dan mainan media haprak mereka je. cuba tanya mereka di mana melayu berpecah? pa kuasa melayu yg telah hilang? apakah mereka sudah tak boleh melakukan solat di masjid? apakah mereka tidak lagi dibenarkan berpuasa? apakah mereka tidak boleh menunaikan haji? apakah mereka mereka di larang membayar zakat? tentu tidak bukan?

adakah sbb pas tidak mahu bekerjasama dgn amno menyebabkan org islam dipaksa membuat maksiat seperti minum arak atau main judi? jadi apa cerita sebenar melayu berpecah atau hilang kuasa? saya tak pernah dengar org cina merampas tanah2 melayu sbb melayu hilang kuasa politik.

kalau amno boleh bekerjasama dgn mca kenapa pas tak boleh berkawan dgn dap? apa beza mca dgn dap? kalau awang bodoh tak tahu dlm laman web mca tentu awang bodoh boleh kenal muka sebenar mca. awang bodoh boleh bawak org melayu baca apa pandangan mca tentang islam dan negara islam. ini bukan pasal chua soi lek kata itu. tapi apa yg ada dlm arkib web mca sejak bertahun2 dulu.