ZINA UMUR 12 TAHUN : KEMBALILAH KEPADA UNDANG-UNDANG ISLAM

Apa nak jadi dengan remaja Islam di negara kita sekarang ini. Siapa yang harus dipersalahkan.

Bagi saya ini adalah bala yang Allah turunkan kepada umat Islam di negara kita lantaran kerana kedegilan hambaNya tidak mahu kembali berpegang kepada ajaran Islam sepenuhnya.

Di saat gejala sosial telah mencapai tahap kronik dan tragis, pihak berkuasa masih mengambil ringan dan tetap degil tidak mahu mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian. Mereka masih berdegil untuk terus menggunakan akal mereka yang dangkal bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pelbagai cadangan dan perancangan dibuat antaranya menubuhkan sekolah mengandung dan sebagainya, namun untuk kembali kepada undang-undang Islam jauh panggang dari api.

Media hari ini melaporkan satu kagi kisah menyayat hati dan membimbangkan kita semua apabila remaja yang baru berumur 12 tahun pun sudah pandai berzina bukan dengan seorang lelaki malah 2 orang lelaki sekaligus.

Dilaporkan bahawa usia remaja itu baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Saya yakin jika ditanya kepada Perdana Menteri dan ahli kabinetnya sudah tentu jawapannya sama seperti sebelum ini ........hukum Islam tetap tidak mahu diamalkan ....

Comments