PERUNTUKAN RM500,000 UTK AHLI PARLIMEN TANDA PILIHANRAYA MENGEJUT?

Kerajaan menyediakan pertambahan peruntukan RM500,000 untuk kawasan pilihan raya, tetapi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menafikan akan berlaku pilihan raya mengejut.

Tanda-tanda pilihanraya mengejut sudah dihidu oleh pelbagai pihak apabila Najib yakin dengan penerimaan rakyat terhadap dasar dan peribadinya sendiri. Petunjuk dari survey pihak tertentu menunjukkan bahawa rakyat didakwa menerima Najib dengan baik. Kira-kira 70 % dikatakan setuju dan menyatakan dasar-dasar Najib adalah baik dan terbaik. Najib pun apa lagi terangkat ........umpama masuk bakul angkat sendiri.

Selepas itu Najib membuat kenyataan bahawa tarikh pilihanraya umum ke 13 akan mengejutkan semua pihak.

Kini satu lagi tindakan mengejut kerajaan iaitu menambah peruntukan sebanyak RM500,000 lagi untuk setiap kawasan parlimen.

Itu tandanya pilihanraya mengejut akan berlaku????? Tunggu dan lihat ....yang penting kerja mesti kita teruskan jangan berundur lagi...setiap saat adalah berharga

Comments