PEMILIH 1:40 : PEMUDA UMNO BERBOHONG?

Pemuda Umno berbohong menyatakan bahawa nisbah pemilih baru yang didaftarkan antara Melayu dan bukan Melayu adalah dengan nisbah 1:40.

Malaysiakini melaporkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.

"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Terbukti Pemuda Umno memang suka berbohong dan membuat cerita karut marut. Rakyat khasnya pemuda dan pemudi mesti menilai semula sokongan dan kepercayaan mereka kepada pemuda Umno yang sering berbohong dan membuat kenyataan mengelirukan.

Comments