ISU – ISU NEGARA 2 JULAI 2010

Utusan

Politik
UMNO mengecam Penasihat PKR, Anwar Ibrahim kerana hubungannya dengan Yahudi. Beberapa akhbar antarabangsa seperti The Washington Post dan laman web The Evangelical Outpost menyiarkan mengenai pendirian Anwar yang dikatakan anti-Yahudi dan tidak lagi Pro Barat

Sosial
Negara sedang berhadapan dengan krisis moral yang hebat apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 200 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa. Ini bermakna 2,500 anak luar nikah setiap bulan, 84 kes setiap hari.

Sinar Harian
Politik
Anwar Ibrahim menyelar Ketua Pemuda UMNO kerana menuduhnya sebagai sesumpah luar biasa berikutan kenyataan mengenai pencerobohan Yahudi.

Ekonomi
Ahli Parlimen Seputeh mempertikaikan kenyataan Menteri Pelancongan mengenai kos kerajaan biaya Ekspo Sedunia di Shanghai samada RM 20 juta atau RM 35 juta

CURRENT ISSUES

Utusan
Politik
Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal mempertikaikan nisbah pendaftaran pengundi baru 1:40yang disiarkan oleh Berita Harian kelmarin. Statistik daripada SPR, UMNO mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti dengan DAP 17,756 dan kemudiannya oleh PAS 16,987.

Politik
FELDA memfailkan tuntutan saman RM 200 juta dan permohonan maaf daripada Suara Keadilan setelah mendakwa ia telah bankrap. KDN pula tidak lagi memperbaharui permit Suara Keadilan yang telah tamat pada 30 Jun 2010 setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan akhbar tersebut.

Politik
Generasi Wawasan Generasi FELDA memberikan beberapa cadangan kepada FELDA iaitu menubuhkan Jawatankuasa Perundangan, Jawatankuasa Pelaburan dan menempatkan anak-anak peneroka yang profesional dalam jawatan-jawatan penting syarikat milik FELDA. GWGF juga menafikan dakwaan Suara Keadilan dan ANAK. Pengerusi GWGF ialah Tan Sri Rozali Ismail (Pengerusi Puncak Niaga)

Politik
Operasi pemindahan penduduk Kampung Jalan Pokok Assam, Jelutong kecoh dan akan ditangguhkan selama 3 bulan sehingga Oktober 2010

Politik
Turki dan Israel mengadakan pertemuan rahsia di Brussels untuk menyelesaikan krisis bantuan ke Gaza dan juga usaha untuk membawa Turki dalam Kesatuan Eropah

Sinar Harian
Politik
Khairy Jamaluddin meminta KDN menyiasat laporan muka depan akhbar pertama Suara Perkasa yang meminta supaya Wee Ka Siong ditahan dibawah ISA

Malaysiakini
Politik
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta kerajaan Malaysia mendapat permohonan penangguhan pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya perjanjian air dan laporan audit diumumkan kepada awam selewat-lewatnya 5 Julai ini.

EVERGREEN ISSUES

Utusan
Politik
Ahli Parlimen Bayan Baru meminta SPRM menyiasat siapa yang menaja kehidupan penyiasat persendirian P.Balasubramiam di London

Politik
Isu mengenai status Malaysia sebagai Negara Islam atau Negara Sekular dimainkan semula oleh media. Malah, isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai cita-cita PAS untuk mewujudkan negara Islam mendapat respon daripada Mursyidul Am dan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Sosial
Jumlah kematian akibat demam denggi sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat 29 peratus kepada 89 kes berbanding 62 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Politik
Presiden baru Filiphina, Benigno Aquino III akan menyambung semula usaha damai dengan ‘puak pemisah’ Islam terbesar MILF dan kumpulan komunis Barisan Demokratik Kebangsaan (NDF)

Berita Harian
Sosial
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyarankan tokoh agama untuk membantu kerajaan mencari pendekatan terbaik untuk menangani gejala pembuangan bayi dan membantu meyakinkan masyarakat Muslim di negara ini untuk menerima subjek pendidikan seks secara formal di sekolah-sekolah


Sinar Harian
Ekonomi
Ahli Parlimen Gua Musang bersetuju untuk mempengerusikan jawatankuasa menuntut royalti dan menilai semula hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Ekonomi
Menteri Pertahanan menjelaskan bahawa isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dibawa ke SPRM kerana ia tidak bercanggah dengan prosedur dan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan

Malaysiakini
Politik
Peguam P.Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu berkata kos pembiayaan lawatan ke London berjumpa dengan SPRM adalah bersumberkan daripada Deepak Jaikishan, ahli perniagaan karpet dan isteri PM, Rosmah Mansor

POLICY ISSUES

Utusan
Sosial
Keputusan mengenai pemansuhan UPSR dan PMR akan diumumkan pada tahun ini.

Politik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohamed Nazri Aziz mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak boleh melantik penasihat undang-undangnya sendiri bagi menggantikan penasihat yang dilantik oleh Peguam Negara. Pelantikan harus dibuat berdasarkan syor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Undang-Undang

Berita Harian
Sosial
Mufti Perak menyarankan kerajaan agar menimbangkan subjek moral dan agama Islam sebagai syarat wajib lulus SPM

Malaysiakini
Ekonomi
Peruntukan untuk 222 kawasan pilihanraya akan ditambah RM 500,000 lagi dan ia menelan belanja sebanyak RM 111 juta menurut Nazri Aziz

Politik
Draf pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) masih belum diberikan kepada masyarakat orang Asli untuk dinilai meskipun ia akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang

RESERVED ISSUES

Utusan
Ekonomi
NGV Tech Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Bumiputera untuk membina kapal-kapal perang TLDM berikutan prestasi dan kemampuan mereka sebelum ini yang telah membina 227 kapal seluruh dunia. Pengerusi Eksekutifnya ialah Zulkifli Shariff.

Ekonomi
Proton Holdings masih lagi mencari rakan strategik yang baru selepas Volkswagen AG dari Jerman di New York menolak. Walaubagaimanapun, Proton sedang melakukan kerjasama dalam beberapa bidang iaitu enjin dan komponen dengan Mitsubishi serta usaha sama serantau dengan China dan Iran

Ekonomi
Keuntungan Petronas merosot 23 peratus bagi tahun kewangan 31 Mac 2010. Ia berikutan permintaan yang lemah dan kenaikan harga minyak mentah dunia

Sinar Harian
Politik
Jawatankuasa PKR telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab dan menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Kuala Selangor kerana menyerang kepimpinan parti secara terbuka

Sumber : Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Comments