ISU ESQ DIWAR-WARKAN TUTUP ISU BESAR LAIN

Sehari dua ini media arus perdana membesar-besarkan isu ESQ sedangkan isu-isu lain yang lebih besar dan kronik seolah-olah ditutup.

Isu ESQ ini ditimbulkan apabila Jabatan Agama Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa bahawa ESQ bercanggah dengan Islam sedangkan negeri-negeri lain serta Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berbuat demikian. Maka hebohlah pihak ESQ melalui panel syariahnya mempertahankan ESQ. Persoalannya mengapa di awal pengelibatan ESQ menjalankan motivasi dan kursusnya dahulu tidak ada pula yang mengkaji dengan mendalam?

Bagi isu ini boleh diselesaikan dengan mudah tanpa merumitkannya.

Apa yang penting sekarang media janganlah cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu ESQ dengan memadamkan isu penting lain seperti isu Felda, isu APCO, isu judi Bola dan kesesatan Umno dan lain-lain.

Jangan cuba 'spin' berita kerana rakyat Malaysia sudah matang dengan sepak terajang politik Malaysia.

Comments

Unknown said…
Kenapa tak ada majlis Islam macam JASIS atau MAIP yang tangkap kerana tak ada tauliah? Kalau ustaz yang benar benar memberi ceramah Islam ikut sunah Rasullah di tangkap lengkap dengan ramai polis pengiring tapi ESQ dan juga ajaran sesat seperti Qadiani di Gombak, lepas. Jadi tauliah ni macam sekat ajaran islam sebenarnya dan mengalakan ajaran ajaran kufarat di sebarkan
Anonymous said…
ESQ bukan beri ceramah agama..tapi kursus sumber manusia dan motivasi....pelu permit jabatan agama????...
Anonymous said…
saudara, apa beza nya ceramah agama dengan kursus motivasi yang bersandarkan agama sebagai terasnya? Saya telah menghadiri kursus ini...saya rasakan sesuatu yang tidak kena dalam pengisian program ini....namun pada masa itu siapalah saya untuk menegurnya (ada beberapa orang kawan saya dari agama lain juga dalam kursus ini...bertaubat dan bertawaf)tapi bila ianya diperkatakan sekarang saya tersenyum....renongkan lah..apa dah jadi dengan agama islam dinegara kita ini...