TUTUP MARKAZ PAS, JANGAN BERTINDAK IKUT EMOSI

Ada pihak sangat sakit hati dengan terdirinya Markaz/Pejabat PAS Cawangan Bukit Baru Dalam (Gambar) dan Peti Undi Bukit Baru Dalam. Ketika Markaz ini baru didirikan/disewa kira-kira 4 tahun lalu, ada pihak yang memberi amaran ianya tidak akan kekal lama, mungkin sebulan dua ianya akan ditutup oleh pihak tertentu.

Kini selepas 4 tahun isu ini timbul kembali. Semuanya angkara pihak tertentu yang busuk hati, gila kuasa dan hasad dengki serta tidak mengamalkan demokrasi. Pihak tertentu ini juga tidak mempunyai jiwa besar dalam berpolitik.

Dilaporkan bahawa isu ini tercetus kembali ketika Allahyarhamah Mak Cik Bibah Hassan yang tinggal di sebelah markas ini meninggal dunia minggu lalu. Lalu pimpinan tertinggi negeri ini menziarahi jenazah beliau di rumahnya yang letaknya bersebelahan dengan pejabat PAS ini. Mungkin kerana terkejut kerana Markaz PAS tersebut masih tersergam dan 'hidup' hingga ke hari ini, pimpinan tersebut dengan angkuh memarahi orang kanannya kerana membiarkan markaz ini terus beroperasi di situ.

Markaz yang buruk dan reput itu benar-benar menakutkan mereka. Mengapa mereka begitu takut dan dengki kepada markaz buruk tersebut. Apa yang markaz itu boleh buat?

Dari laporan yang blog ini terima pihak-pihak terbabit berusaha untuk menutup markaz tersebut dengan cara-cara tertentu.

Tuan punya Markaz itu, Imam Ibrahim Daud dalam kenyataannya baru-baru berkata beliau tidak akan menutup markaz tersebut kerana beliau menyewanya secara sah dari tuanpunya rumah tersebut.

"Saya tidak akan tutup markaz ini, terpulan pada engkau samada hendak b#@ atau bak#@" itu antara kata-kata Imam Ibrahim kepada orang kuat pimpinan negeri yang datang berjumpa dengan beliau di hari pengkebumian nenek Bibah Hassan.

Blog ini mengharapkan pihak berkuasa dan pimpinan negeri ini supaya berjiwa besar dan berpolitik secara matang dan adil. Apa salahnya bagi PAS menjalankan aktiviti dan membuka pejabatnya di mana-mana sahaja kerana PAS adalah parti yang sah dan berdaftar.

Comments